KUALA LUMPUR: Platform media sosial, Telegram hari ini akur untuk memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat selama satu jam bersama wakil Telegram hari ini, beliau menegaskan terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di platform media sosial itu.
Jelas Fahmi, mesyuarat tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, yang turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi SKMM, Tan Sri Salim Fateh Din serta pegawai-pegawai tertinggi PDRM.
"Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting pihak Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata sejak Januari 2020 hingga Mei tahun ini, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram mencecah RM45 juta.
Sehubungan itu, tegasnya kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu.
"InsyaAllah, pertemuan hari ini adalah permulaan yang baik dalam kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram akan lebih selamat untuk digunakan," tambah beliau.
Awal bulan ini, Fahmi menggesa Telegram untuk bertemu dengan SKMM berhubung pelbagai isu keselamatan siber.
Beliau berkata walaupun menerima syor yang tegas daripada SKMM, kementeriannya memberi peluang kepada Telegram untuk berhubung secara terus dengan suruhanjaya tersebut.
Pada 28 Mei, Telegram dilaporkan berkata pihaknya tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital kerana enggan terlibat dalam "sebarang bentuk tapisan politik"
Hasimi Muhamad
Mon Jun 19 2023
Pada 28 Mei, Telegram dilaporkan berkata pihaknya tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital kerana enggan terlibat dalam "sebarang bentuk tapisan politik" - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pelesenan media sosial: Telegram akhirnya beri respon positif
Telegram akhirnya memberi maklum balas positif berhubung pelaksanaan pelesenan media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
Pendedahan rangkaian jenayah: Telegram diminta beri kerjasama
Setakat ini kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap kakitangan dari platform media sosial itu dengan syarat mereka memberikan kerjasama.
Tiada tangkapan ke atas ketua polis negeri - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Video tular: Polis PJ siasat dakwaan anggota 'paw' duit warga asing
ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam kenyataan berkata IPD Petaling Jaya mengesan video berkenaan sekitar pukul 5 petang, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia rancang sekat Telegram, Bigo Live
Aplikasi Telegram dan Bigo Live didakwa digunakan untuk mempromosikan pornografi dan perjudian.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
CEO Telegram Durov disiasat kes pornografi kanak-kanak
Macron menegaskan bahawa tidak ada motif politik dalam penahanan tersebut, walaupun terdapat banyak komen palsu di dalam talian.