awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia rancang sekat Telegram, Bigo Live

Bernama
Bernama
29/08/2024
10:37 MYT
Indonesia rancang sekat Telegram, Bigo Live
Aplikasi Telegram dan Bigo Live didakwa digunakan untuk mempromosikan pornografi dan perjudian.
MOSCOW: Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menyekat aplikasi pesanan Telegram dan platform penstriman Bigo Live kerana didakwa digunakan untuk mempromosikan pornografi dan perjudian, kata Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Budi Arie Setiadi, lapor Sputnik.
"Saya lebih suka menutup Bigo Live dan Telegram serta-merta, tetapi sebuah pasukan perlu melakukan kajian lanjut terlebih dahulu... Kami bertindak berdasarkan bukti yang dikumpul oleh pasukan kami. Jika kami menemukan bukti promosi pornografi atau perjudian, kami akan teruskan dengan menyekat platform berkenaan," kata menteri itu seperti yang dipetik akhbar Jakarta Globe.
Budi berkata walaupun kementerian telah mengeluarkan amaran keras kepada kedua-dua platform itu, maklum balas mereka masih belum mencukupi.
Pengasas Telegram Pavel Durov pada Sabtu telah ditahan di lapangan terbang Paris atas tuduhan berkaitan penyalahgunaan aplikasi pesanannya untuk tujuan jenayah, termasuk keganasan, pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan penipuan.
Bilionair berusia 39 tahun kelahiran Rusia itu memegang kewarganegaraan beberapa negara, termasuk Perancis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Telegram
#Bigo Live
#pornografi kanak-kanak
#pengubahan wang haram
#Pavel Durov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan