awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlanggar penunggang basikal akibat leka periksa aplikasi e-hailing

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2023
10:51 MYT
Terlanggar penunggang basikal akibat leka periksa aplikasi e-hailing
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta terlanggar penunggang basikal ekoran terleka memeriksa aplikasi Grab semasa memandu di Jalan Dengkil, Kota Warisan, Sepang, Ahad lalu. -Foto Sinar Harian
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular dua penunggang basikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Dengkil, Kota Warisan, dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu dipercayai berlaku kerana pemandu kereta terleka ketika memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit.
Beliau berkata, pemandu kereta yang berada di lorong kiri dari arah Kajang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah terlanggar belakang sebuah basikal, menyebabkan penunggang basikal tersebut melanggar seorang lagi penunggang basikal lain.
"Ketika sampai di Jalan Dengkil, Kota Warisan, pemandu kereta yang berada di lorong kiri telah terima mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit dan bertindak memeriksa mesej tersebut.
"Semasa memeriksa mesej tersebut, pemandu kereta telah terlanggar belakang sebuah basikal dan kemudian basikal itu terlajak ke hadapan terlanggar seorang lagi penunggang basikal yang lain.
"Akibat kemalangan tersebut, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala kerosakan penunggang basikal di bahagian tayar serta rim belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Wan Kamarul berkata, pemandu kereta serta seorang penunggang basikal telah membuat laporan polis dan diambil rakaman percakapan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang basikal
#Jalan Dengkil
#Kota Warisan
#aplikasi e-hailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan