awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2023
08:51 MYT
Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial TikTok memaparkan kejadian kemalangan libat enam kenderaan di Jalan TTDI Groove 1/2, Kajang pada Selasa. (Gambar kecil: Mohd Zaid)
KAJANG: Lima buah kenderaan yang diparkir di Jalan TTDI Groove 1/2, di sini dirempuh sebuah kereta, pada Selasa lalu selepas pemandunya terlelap sejenak atau ‘microsleep’.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang.
"Sebaik tiba di Jalan TTDI Groove 1/2, pemandu terbabit mengalami ‘microsleep’ lalu termasuk ke laluan bertentangan.
"Perodua Myvi itu terlanggar lima kenderaan di petak parkir sebelum serpihan kenderaan terbabit telah terkena pada seorang pekerja pembersihan yang sedang menyapu di jalan berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, pekerja pembersihan terbabit telah dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, semua pemilik kenderaan terbabit selesai membuat laporan pada jam 4 petang, hari yang sama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu," ujarnya.
Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu di boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Myvi
#Jalan TTDI Groove 1 2
#microsleep
#Taman Jelok Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan