awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal utama KLIA alami gangguan bekalan kuasa sementara, kini kembali berfungsi

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2022
06:10 MYT
Terminal utama KLIA alami gangguan bekalan kuasa sementara, kini kembali berfungsi
Bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini sedang mengalami gangguan bekalan kuasa berikutan gangguan elektrik yang berlaku di Lembah Kelang pada Rabu. - Foto Twitter MAHB
SEPANG: Bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan turut mengalami gangguan bekalan kuasa berikutan gangguan elektrik yang berlaku di Lembah Klang pada Rabu.
Malaysia Airports (@MyAirports) menerusi ciapan sebentar tadi memberitahu pasukan kejuruteraannya sedang bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelesaikan gangguan itu.
“Kami memohon maaf kerana bangunan terminal utama KLIA sedang mengalami gangguan bekalan kuasa.
“Pasukan kejuruteraan kami sedang berhubung rapat dengan TNB untuk menyelesaikan perkara itu.
Travel Advisory: We are sorry that KLIA main terminal building is currently experiencing power supply interruption. Our engineering team is communicating closely with TNB to resolve the matter. Please approach our airport ground team for assistance at the main touch points.
— Malaysia Airports (@MY_Airports) July 27, 2022
"Sila hubungi pasukan darat lapangan terbang kami untuk mendapatkan bantuan di titik sentuhan utama. Sementara itu, kami harap anda kekal tenang dan sabar. Kami menghargai pemahaman dan kerjasama anda,” ciapnya pada petang Rabu.
Namun, wakil dari Malaysia Airport Holding Berhad mengesahkan bekalan elektrik telah kembali berfungsi seperti biasa kira-kira jam 1.30 petang, Rabu.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan ekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus ketika ini.
BACA: Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri
Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Beberapa pusat beli-belah di ibu negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
Topic Berkaitan
#KLIA
#TNB
#Gangguan elektrik
#blackout
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan