Terowong Menora ke Kuala Kangsar sesak 7 km akibat kemalangan

Kemalangan lori kontena di KM256 arah utara Lebuhraya PLUS menyebabkan semua lorong terhalang dan trafik sesak lebih tujuh kilometer. -Foto X
IPOH: Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 256 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar, menyebabkan aliran trafik sesak sejauh lebih tujuh kilometer, hari ini.
Ringkasan AI
- Kemalangan lori kontena di KM256 arah utara Lebuhraya PLUS menyebabkan semua lorong terhalang dan trafik sesak lebih tujuh kilometer.
- Laluan kontra diaktifkan antara KM255.8 hingga KM257.3 arah selatan, manakala lorong kanan arah selatan turut ditutup untuk kerja pengalihan.
- PLUS menasihatkan pengguna agar ikut arahan pengawal trafik dan guna laluan alternatif untuk elak kesesakan.
"Semua lorong masih terhalang, laluan kontra diaktifkan dari KM255.8 hingga KM257.3 arah selatan, manakala pusingan U serta mandatori exit telah dinyahaktifkan," menurut hantaran itu setakat 11.30 pagi.
PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan pengawal trafik serta papan tanda di lokasi, selain mempertimbangkan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami