SEPANG: Akibat terpengaruh dengan iklan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan sehingga RM7,000 di sebuah kasino di Bangkok, seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.
Ah Chong (bukan nama sebenar) berkata beliau hanya mampu bertahan tiga hari di Myanmar dan memohon untuk kembali ke Malaysia namun tidak dibenarkan selagi tidak membayar wang tebusan.
"Saya difahamkan kerja kasino itu di Bangkok. Selepas sampai di sana, saya dibawa ke lokasi lain menerusi laluan tikus dan selepas itu baru saya sedar telah dipergunakan oleh sindiket itu dan minta balik Malaysia namun tidak dibenarkan.
"Sindiket itu juga meminta wang tebusan sehingga RM80,000 untuk melepaskan saya dan akhirnya anggota keluarga bayar RM30,000 untuk saya keluar. Bersama-sama saya ada lebih 80 mangsa yang juga rakyat Malaysia yang terperangkap dan dipaksa menjadi 'scammer'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Ah Chong merupakan antara 10 mangsa sindiket wang pelaburan kripto di Myawaddy yang tiba dari Bangkok selepas diselamatkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).
Wakil MHO Azirul Syafiq Sazali yang mengendalikan usaha menyelamatkan kesemua mangsa berkata terdapat tiga situasi yang membolehkan mereka diselamatkan antaranya terdapat mangsa yang melarikan diri dengan kenderaan sindiket.
"Ada yang melarikan diri dengan dibantu rakan yang membawa mereka menyeberangi masuk ke Mae Sot (Thailand) dan menyerah diri kepada pihak berkuasa Thailand untuk proses dokumentasi seterusnya," katanya.
Beliau berkata kebanyakan kes penipuan pelaburan kewangan yang berlaku di Malaysia berpunca daripada operasi sindiket itu yang aktif di Myawaddy, malah mangsa turut dipaksa mengikuti kursus pengendalian sistem kripto.
Azirul Syafiq turut mendedahkan keberadaan mangsa di Myawaddy adalah secara haram memandangkan sebarang kemasukan pengunjung luar ke Myanmar mesti melalui Yangon sahaja.
"Myanmar tidak membenarkan mana-mana pasport antarabangsa dicop di sempadan, jika nak ke Myanmar hanya perlu melalui Yangon sahaja. Jadi semua 100 peratus mangsa rakyat kita di Myanmar masuk secara haram memandangkan (rekod) perjalanan terakhir di Bangkok," katanya.
Turut hadir Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim dan anggota keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Hishamuddin dan Azirul (kanan) bertemu dengan sepuluh mangsa sindiket wang pelaburan kripto di Myawaddy, Myanmar sejurus tiba di KLIA Terminal 1. - Gambar Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Terpengaruh iklan kerja gaji lumayan, pemuda jadi mangsa scammer
Seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.