KUALA TERENGGANU: Impian seorang suri rumah mahu menggayakan set barang kemas baharu pada hari raya nanti bukan saja berkecai, malah terpaksa menanggung kerugian hampir RM2,000 akibat ditipu pemilik akaun Facebook tidak dikenali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, kejadian bermula apabila wanita berusia 32 tahun itu tertarik dengan satu iklan jualan murah di Facebook individu yang tidak dikenalinya pada Selasa.
Beliau berkata, Facebook berkenaan mengiklankan satu set barang kemas yang ditawarkan dengan harga RM1,700 sahaja.
"Harga tersebut termasuk cincin, gelang dan rantai emas.
"Tertarik dengan harga istimewa itu, mangsa yang sememangnya sedang mencari set barang kemas untuk hari raya terus menghubungi nombor talian yang disertakan untuk bertanya lebih lanjut.
"Mangsa berhubung dengan individu menerusi aplikasi WhatsApp.
"Selepas menyatakan persetujuan, individu tersebut memberikan nombor akaun sebuah bank bagi urusan pembayaran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
M Zambri berkata, tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama mangsa menyelesaikan kesemua bayaran dengan melakukan dua kali transaksi ke dalam akaun bank diberikan iaitu transaksi pertama berjumlah RM1,000 dan selebihnya RM700.
"Meskipun sudah menjelaskan semua bayaran dikenakan, mangsa mula merasa curiga apabila individu tersebut masih meminta bayaran tambahan dengan memberi pelbagai alasan.
"Mangsa akhirnya sedar ditipu selepas individu berkenaan gagal dihubungi.
"Dia membuat laporan polis pada Jumaat untuk siasatan lanjut," katanya yang turut menjelaskan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
M Zambri turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam urusan jual beli dalam talian supaya tidak terperangkap dengan taktik sindiket penipuan menjual harga emas jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Berita asal: Terperdaya iklan barang kemas murah, suri rumah rugi RM2,000
Sinar Harian
Sat May 01 2021
Terperdaya iklan barang kemas murah, suri rumah rugi RM2,000. -Gambar hiasan
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Terperdaya iklan barang kemas murah, suri rumah rugi RM2,000
Meskipun sudah menjelaskan semua bayaran dikenakan, mangsa mula berasa curiga apabila individu tersebut masih meminta bayaran tambahan dengan memberi pelbagai alasan.