awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Wanita ludah, agresif terhadap polis direman dua hari
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin

Bernama
Bernama
28/05/2024
07:38 MYT
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90. - Gambar fail
SUNGAI BULOH: Laporan penuh nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Mohamed Khaled berkata laporan penuh siasatan nahas di Lumut, Perak itu sedang dilengkapkan.
"Tidak lama lagi akan kita keluarkan. Mungkin akhir minggu depan. Ia sedang dimuktamadkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil PERHEBAT di Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Jemaah Menteri telah berbincang secara mendalam mengenai insiden nahas helikopter di Pangkalan TLDM, Perak dan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh dalam tempoh sebulan.
Dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#nahas helikopter Lumut
#Tentera Laut Diraja Malaysia
#nahas helikopter Pangkalan TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan