Jessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu ‘terlepas’ penerbangan MH370 ke Beijing pagi tadi.

"Saya tersilap tarikh kerana ia penerbangan tengah malam. Saya fikir saya perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam. Ternyata saya perlu berada di lapangan terbang pada Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya terus mengemas barang-barang saya. Saya terus bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir.

"Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan saya. Jikalau tidak boleh, saya akan menaiki penerbangan MH370 itu,” kata Jessica.

Beliau membaca tentang kehilangan pesawat itu pada Sabtu pagi dan terus menghubungi kakak saya.

“Saya terus menjerit dan menghubungi kakak saya. Saya kata kepada beliau bahawa saya sepatutunya menaiki pesawat itu. Namun tidak ramai yang tahu bahawa saya seharusnya menaiki pesawat itu. Mereka yang tahu terus menghubungi saya tanpa henti,” tambah beliau.

Walaupun bersyukur, namun beliau bersimpati dengan penumpang-penumpang yang lain.

“Ia perasaan yang bercampur. Ramai berkata saya sepatutnya bersyukur namun saya bersimpati dengan ratusan penumpang yang lain kerana kalau tidak saya menjadi salah seorang penumpang.

“Saya diberi peluang kedua. Ini semua ditakdirkan,” akhiri beliau.

Jessica akan bertolak ke Beijing pada Isnin pagi.