awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertekan pedal minyak, Proton Saga rempuh kedai nombor ekor

Bernama
Bernama
15/10/2023
11:24 MYT
Tertekan pedal minyak, Proton Saga rempuh kedai nombor ekor
Pemandu lelaki itu dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga dipandunya, sehingga merempuh masuk kedai tersebut. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas terperosok dalam sebuah kedai menjual nombor ekor sehingga merempuh seorang pekerja wanita di situ, dalam dalam kejadian di Taman Molek, di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku, apabila pemandu lelaki warga emas berusia 65 tahun dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga dipandunya, sehingga merempuh masuk kedai tersebut dan melanggar ruang kaunter di situ.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth Noorhisham Md Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.06 petang dan terus ke lokasi, sebelum mendapati kereta dipandu lelaki tersebut telah terperosok dalam kedai berkenaan.
"Lelaki yang memandu sendirian itu tersepit di bahagian pemandu dan kami menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkannya, sebelum warga emas tersebut yang cedera di bahagian pinggang dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
"Manakala seorang pekerja wanita di kedai itu yang berusia 70-an mengalami cedera di kaki dan tangan, selepas dirempuh kereta tersebut dan semasa kejadian dia berada di meja makan yang terletak kira-kira dua meter dari kaunter. Mangsa dalam keadaan stabil dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Noorhisham berkata lelaki warga emas itu mendakwa dia mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai tersebut, namun tertekan pedal minyak sehingga masuk ke dalam premis terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta rempuh kedai
#Taman Molek
#kedai nombor ekor
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan