awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertuduh lari dari mahkamah Klang ditahan di Melaka

Bernama
Bernama
03/01/2013
10:00 MYT
Tertuduh lari dari mahkamah Klang ditahan di Melaka
Selepas seminggu menikmati 'kebebasan' setelah melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Klang pada 26 Dis lepas, tertuduh kes bunuh dan curi A. Viswanathan diberkas polis di Taman Air Keroh, Melaka semalam.
Dalam serbuan pukul 10.15 malam di sebuah rumah itu, polis turut menahan seorang anggota keluarga tertuduh serta rakan tertuduh dan isterinya.
Ketua Jabatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis turut memberkas seorang lagi anggota keluarga tertuduh di sebuah rumah di Jalan Bukit Kemuning, di sini pukul 11 pagi tadi.
Empat suspek iaitu tiga wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 dan 38 tahun itu ditahan kerana disyaki melindungi Viswanathan, 34, yang lari dalam keadaan bergari selepas didakwa atas tuduhan membunuh dan mencuri kenderaan serta memiliki barang curi, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
"Ketika ditahan tertuduh menggunakan kad pengenalan orang lain dipercayai milik adiknya. Rakan tertuduh yang ditahan pula didapati mempunyai lapan rekod kesalahan lampau," katanya.
Sebutan semula kes Viswanathan ditetapkan pada 21 Jan ini.
Mohd Adnan berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga 6 Jan ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melindungi tertuduh yang lari dari tahanan sah.
Mengenai dua anggota polis berpangkat korporal dan lans korporal yang sebelum ini ditahan reman kerana cuai sehingga menyebabkan tertuduh melarikan diri, beliau berkata mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Adnan berkata pihaknya sedang memburu tiga individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Bukit Kapar, Klang, semalam, menyebabkan tiga lelaki cedera dan tujuh yang lain ditahan.
Mereka yang diburu ialah G.Sevasankara, 25, dari Taman Mutiara, Klang, M.Mugilan, 23, dan G.Raj Prakash, 26, kedua-duanya dari Taman Intan Jaya, Kapar, Klang.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Chua Hang Loun di talian 019-3193193.
Topic Berkaitan
#A. Viswanathan
#larikan diri dari mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan