awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terus usaha realisasi agenda ketiga SDG - Tuanku Muhriz

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/11/2021
08:59 MYT
Terus usaha realisasi agenda ketiga SDG - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pengamal perubatan perlu terus berusaha bagi merealisasikan agenda ketiga Pembangunan Mampan (SDG) iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
KUALA LUMPUR: Penaung Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AKKM), Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyampaikan titah ucapan serta merasmikan mesyuarat World Organisation of Family Doctors (WONCA) bagi rantau Asia Pasifik, hari ini.
Dalam ucapannya, baginda bertitah agar pengamal perubatan, termasuk anggota WONCA, terus berusaha bagi merealisasikan agenda ketiga Pembangunan Mampan (SDG) iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera bagi semua semua peringkat umur.
"Adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan di seluruh dunia dan perkhidmatan kesihatan termasuk doktor keluarga untuk berusaha ke arah mencapai agenda ketiga dalam SDG.
"Beta sangat gembira dengan tindak balas terhadap COVID-19, kerjasama antarabangsa dalam kalangan doktor keluarga dalam WONCA-APR serta keluarga WONCA global sangat mengagumkan dan menyeluruh.
"Mereka mempunyai komitmen yang tinggi dalam berkongsi pengalaman dan projek penyelidikan serta sama-sama mencari pelbagai cara penyelesaian dalam kalangan ahli WONCA-APR.
"Hubungan rapat dengan WHO mencerminkan komitmen untuk memastikan keutamaan terhadap penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer di rantau ini," titah baginda dalam ucapan yang disiarkan secara virtual itu.
Acara anjuran AKKM ini adalah bersempena Persidangan WONCA Sedunia ke 23 yang akan diadakan pada 22 hingga 27 November ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tiga doktor tempatan telah diberi penghargaan untuk menerajui kepimpinan WONCA Asia Pasifik, iaitu Prof Madya Dr Mohammad Husni Jamal yang akan memegang jawatan Presiden, Dr S. Kaviayarasan yang dicalonkan sebagai Setiausaha Kehormat dan Dr Wong Ping Foo sebagai Pengerusi The Rajakumar Movement.
Dua lagi doktor ialah Prof Datuk Dr Sheikh Amin yang terpilih memenangi anugerah WONCA Asia Pacific 5 Star Doctor 2021 dan Dr Noor Hazan Harun yang memenangi anugerah The Rajakumar Movement Rising Star Award 2021.
Topic Berkaitan
#Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
#Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia
#AKKM
#World Organisation of Family Doctors
#WONCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan