KUALA NERUS: Spekulasi mengenai kemasukan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade ke skuad Penyu akhirnya menjadi kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak selama semusim dengan TFC hari ini.
Beliau berkata kehadiran tonggak import kelahiran Nigeria itu diharap dapat menajamkan jentera serangan TFC yang menurutnya agak bermasalah musim lepas.
"Akinade yang mengisi kuota import bebas menjadi pilihan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk berada di jentera serangan TFC musim ini.
Kita harap kehadirannya dapat memperkemas jentera serangan TFC sekali gus mencipta kejayaan lebih cemerlang untuk TFC pada musim ini berbanding tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum menyertai Liga Malaysia, Akinade yang berketinggian 1.9 meter itu terlebih dahulu beraksi di kelab bolasepak Vietnam iaitu Ho Chi Minh City FC, SHB Da Nang dan Honginh Ha Tinh.
Beliau kemudiannya menyertai Kelantan FC pada jendela kedua perpindahan musim lepas dan berjaya meledak tujuh gol dalam 16 penampilannya bersama pasukan itu.
Mohd Sabri sebelum ini mengumumkan bahawa Skuad Penyu hanya akan menggunakan khidmat enam tonggak import musim ini atas faktor penjimatan dan kekangan kewangan.
Tiga import musim lalu yang dikekalkan ialah pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov; Ivan Mamut (penyerang) dan Argzim Redzovic (pertahanan).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak selama semusim dengan TFC hari ini. - FB Terengganu FC
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan – Atlet Kebangsaan
Atlet Profesional boling sepuluh pin, Datuk Shalin Zulkifli berkata hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan. Jelasnya, angka ini membimbangkan dan mencerminkan kesedaran yang rendah dalam kalangan atlet mengenai perangan persaraan yang mampan. #AgendaAWANI
Jemaah haji diseru suarakan keprihatinan terhadap kekejaman Israel di Palestin - MAPIM
Jemaah Haji Malaysia yang kini berkumpul di Tanah Suci diseru untuk menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penjajahan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa As-Sharif oleh rejim Zionis.
Wujudkan dana solidariti sebagai dana persaraan tambahan untuk semua - Pakar
Pakar Pelawat Pusat Kajian Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM), Dr. Amjad Rabi berkata selain akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada, wajar diwujudkan satu dana tambahan yang dinamakan sebagai dana solidariti. Jelasnya, dana ini akan disumbangkan oleh semua pencarum dan akan mengagihkan tunai kepada semua pesara. #AgendaAWANI
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas ‘menyeksakan’, perlu dasar bersepadu - Pakar
Konsultan Geriatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Prof. Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman berkata prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksakan warga emas. Jelasnya, dasar bersepadu perlu diperkenalkan melibatkan sektor awam, swasta dan komuniti setempat untuk memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih lancar. #AgendaAWANI
Sekatan Amerika: Malaysia tidak iktiraf tindakan bersifat unilateral - Fahmi
Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tindakan sekatan yang bersifat unilateral yang tidak menggunapakai mekanisma digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mampukah Kane dan England menonjol dalam kempen EURO kali ini?
Biarpun kali terakhir menjulang takhta besar pada 1966, iaitu Piala Dunia, itu bukan alasan untuk England tidak menonjol pada Euro 2024 di Jerman.
Teruja terpilih, jemaah mualaf belajar haji melalui media sosial
Jemaah mualaf, Khairunissa Abdullah dari Miri, Sarawak akui tidak begitu tahu mengenai makna haji tetapi perjalanannya sebagai dhuyufurrahman banyak didorong pembacaan dan sokongan suami sehingga terpilih bersama-sama lebih 31,000 jemaah haji Malaysia lain tahun ini.
Persidangan kesejahteraan sosial antarabangsa (ISWC) 2024
Fakta penting sepanjang dua hari persidangan kesejahteraan sosial antarabangsa - khusus berkenaan sistem persaraan dalam negara?
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi 2024.
Malaysia tuntut AS lebih tegas terhadap Israel - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga menyatakan sokongan terhadap rundingan damai Gaza yang dimulakan oleh AS, Qatar dan Mesir.
Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC
Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga