KUALA LUMPUR: Jemaah Haji Malaysia yang kini berkumpul di Tanah Suci diseru menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penjajahan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa As-Sharif oleh rejim Zionis.
Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, ibadah haji melambangkan perpaduan ummah dan perlu berdiri teguh selain tidak berkompromi terhadap ketidakadilan dan pemerintahan zalim oleh musuh Islam.
"Dengan perpaduan sebagai kekuatan utama ummah dalam menghadapi agenda Zionis dengan kekuatan hegemoni barat yang (terus) bersekongkol, ummah mesti digerakkan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan berterusan.
"Kami juga menolak usaha untuk tunduk kepada kekuatan Zionis yang dipromosikan Amerika Syarikat dalam mengiktiraf dan menormalisasikan (hubungan) dengan negara pengganas haram Israel," ujarnya.
Azmi yang juga Penyelaras Tindakan Haji Bersama untuk Perpaduan Ummah bagi Pembebasan Palestin berkata, pihaknya mengecam kuasa imperialisasi Barat, terutama AS dan United Kingdom atas sokongan yang berterusan dalam membenarkan pembunuhan beramai-ramai di Palestin.
Malah ujarnya, MAPIM juga menyeru semua negara Islam untuk bertindak dengan sepenuh tenaga bagi menekan AS dan sekutunya agar menghentikan Israel daripada meneruskan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan penempatan haram di Tebing Barat.
"Kami membantah sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan ganas di dalam dan sekitar masjid Al Aqsa.
"Pada masa sama, kami menuntut negara Islam untuk menghentikan sebarang urusan yang menormalisasikan hubungan dengan Israel dan menentang pemimpin-pemimpin yang mengkhianati amanah ummah untuk mempertahankan Islam dan menuntut kembali hak-hak rakyat Palestin yang tertindas," ujarnya.
Selain itu tegasnya, tahun ini juga diharap menjadi pengisytiharan kuat kebangkitan ummah untuk menghancurkan penjajahan Palestin dan mengakhiri rejim zalim Israel.
Justeru katanya, MAPIM menggesa semua masyarakat Islam dan organisasi Islam di seluruh dunia untuk bangkit menentang kekejaman ini.
"Kami mencadangkan satu mesyuarat di peringkat antarabangsa mengenai haji dan manifestasi perpaduan ummah dianjurkan untuk mengukuhkan komitmen setiap negara Islam bagi memperjuangkan hak-hak pembebasan Palestin.
"Kami juga menuntut pelan tindakan konkrit daripada semua negara Islam untuk melaksanakan langkah-langkah berkesan dan bergabung dengan semua badan dunia bagi menghadapi cabaran agenda Zionis," jelasnya.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jun 05 2024
Mohd Azmi berkata, ibadah haji melambangkan perpaduan ummah dan perlu berdiri teguh selain tidak berkompromi terhadap ketidakadilan dan pemerintahan zalim oleh musuh Islam. - Gambar fail/Astro AWANI
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
Hari Solidariti Antarabangsa: Usaha Malaysia membela Palestin wajar dihargai
Malaysia terus menjadi antara negara paling lantang menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa.