KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata ia melibatkan seramai 31,600 jemaah haji, dengan TH mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada 2020.
"Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.
"TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.
"Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
"Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Jelas Amrin lagi, rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac ini, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.
Astro Awani
Mon Mar 20 2023

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata tawaran melibatkan seramai 31,600 jemaah haji. - Fail/Astro AWANI

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

'Malaysia satu-satunya negara jalankan program ziarah bilik ke bilik musim haji'
Tabung Haji (TH) mengadakan program Ziarah Rahmah iaitu lawatan dari bilik ke bilik untuk memeriksa keadaan kesihatan jemaah haji.

Makanan Malaysia mudah didapati di Makkah
Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, laksam, kuih-muih dan teh tarik antara menu yang terdapat di sini.

Jemaah haji diseru terus kekalkan nama baik Malaysia di tanah suci - Menteri Agama
Jemaah haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah haji di tanah suci diharapkan terus mengekalkan nama baik Malaysia.

Pusat Rawatan Madinah lengkap pelbagai kemudahan, doktor pakar
Dr Abdul Jalil Ahmad berkata pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi, ambulans dan makmal perubatan.

9,078 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci
Mereka adalah jemaah yang telah berlepas 21 Mei lalu melibatkan 30 daripada 98 penerbangan.

Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 - TH
Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatangani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini.

Pusat khidmat pelanggan TH ditambah baik
Kategori itu adalah aduan, permohonan, cadangan, penghargaan dan pertanyaan, sekali gus memudahkan tindakan sewajarnya diambil.

Pelajar Malaysia di Madinah bantu aktiviti ziarah jemaah haji
Muzawwir diperuntukkan bagi setiap bas jemaah haji untuk menerangkan sejarah Madinah dan tempat-tempat yang dilawati.

Lebih 500 jemaah haji Malaysia masuki Mekah esok
Pihaknya telah bersedia sepenuhnya menyambut ketibaan jemaah haji berkenaan yang akan ditempatkan di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji (TH) di sini.

Jemaah haji diminta waspada cuaca panas, elak strok haba - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah haji supaya berwaspada dengan cuaca panas di Arab Saudi.