awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH saran pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan

Bernama
Bernama
21/10/2023
07:45 MYT
TH saran pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan
TH memaklumkan para pendeposit sentiasa diberikan peringatan dan nasihat mengenai perkara itu menerusi platform komunikasi rasmi institusi itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik dengan mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi memperdayakan orang ramai.
"Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas.
"Lembaga Tabung Haji menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh 'scammer'," menurut kenyataan itu.
TH memaklumkan para pendeposit sentiasa diberikan peringatan dan nasihat mengenai perkara itu menerusi platform komunikasi rasmi institusi itu.
Para pendeposit dan orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919, untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#TH
#pelaburan meragukan
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan