SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa mengingatkan jemaah haji di bawah pengurusannya untuk mematuhi setiap peraturan baharu yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang masalah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu.
Beliau berkata, kursus TH yang diadakan untuk bakal jemaah haji sebelum ini turut menekankan peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
"Yang ini (penalti) adalah terkini dan TH telah memaklumkan (kepada jemaah haji). Kita juga ingatkan mereka untuk menjaga imej negara serta patuhi peraturan yang dikenakan.
"Dalam konteks TH, ini yang kita harapkan sebab mereka pergi secara berjemaah, kalau keluar bersendirian jangan sampai termasuk kawasan larangan, jadi peringatan itu sentiasa diberikan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, tengah malam tadi.
Menerusi infografik yang dikongsikan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi di platform X, tujuh kawasan terbabit ialah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, Stesen Keretapi Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
Penalti akan berkuat kuasa dari 2 hingga 20 Jun 2024 dan kementerian itu memaklumkan SAR10,000 akan dikenakan ke atas semua individu termasuk warganegara, pemastautin serta pengunjung yang ditangkap di dalam kawasan tersebut tanpa permit haji.
Selain itu, individu bukan warganegara yang ditangkap akan diusir ke negara asal dan dilarang memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang.
Terdahulu, Mohd Na'im bersama pengurusan TH meluangkan masa menyantuni jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci tengah malam tadi.
Kumpulan pertama itu, yang terdiri daripada 282 jemaah haji Malaysia, berlepas ke Tanah Suci dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1 itu berlepas pada 12.05 tengah malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Mohd Na'im (dua dari kiri) menyantuni jemaah semasa hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Rancangan Man United untuk mengurangkan gaji pemain boleh menghalang peluang mereka untuk mengekalkan kapten pasukan Bruno Fernandes.
Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.