Pihak berkuasa Thailand meningkatkan rondaan di perairan Thailand-Malaysia dalam usaha mencegah rakyatnya yang terkandas di Malaysia menyeludup masuk berikutan penutupan semua pintu di sempadan kedua-dua negara.
Berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, ribuan rakyat Thailand yang bekerja di Malaysia berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka namun sejak 23 Mac lalu, kesemua sembilan pintu sempadan Thailand-Malaysia telah tutup dan ini menyebabkan ramai terkandas di sempadan.
Difahamkan rakyat Thailand yang bekerja tanpa permit sah atau tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan cuba menyeludup masuk ke Thailand dengan menggunakan bot nelayan.
Timbalan Gabenor Pattani Somnuk Promkeaw berkata Polis Marin dan Jabatan Imigresen Pattani mempergiatkan rondaan di perairan kedua-dua negara bagi menyekat kemasukan rakyat Thailand secara haram.
"Berdasarkan maklumat yang kami terima, mereka sanggup membayar kira-kira 1,500 baht seorang untuk menumpang bot nelayan pulang ke Thailand," katanya.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata semua warganya yang terkandas di sempadan dibenarkan pulang namun perlu memenuhi syarat yang ditetapkan bermula 18 April.
Surat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Luar Chatchai Promlert menyebut bahawa warga Thailand dibenarkan memasuki semula negara itu melalui 23 pos kawalan sempadan dengan 100 orang di setiap pintu masuk setiap hari.
Di selatan Thailand, surat itu menyebut bahawa 100 warga Thailand dibenarkan masuk semula ke negara tersebut melalui pintu sempadan Sadao di Songkhla dan Sungai Kolok di Narathiwat setiap hari manakala 50 orang di setiap pintu sempadan Betong di Yala serta Wang Prachandi di Satun.
"Mereka yang mahu pulang ke Thailand perlu berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri di setiap wilayah sekurang-kurang dua hari sebelum bertolak.
"Selain itu, mereka perlu mendapatkan sijil kesihatan layak melakukan perjalanan dan sijil perjalanan dari kedutaan atau pejabat konsulat yang menyatakan tempat tinggal di Thailand serta bersetuju untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
"Mereka yang pulang ke Thailand perlu berada di pintu sempadan pada 12 tengah hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 12 2020
Difahamkan rakyat Thailand yang bekerja tanpa permit sah atau tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan cuba menyeludup masuk ke Thailand dengan menggunakan bot nelayan. - Foto AP
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Kes rasuah: Nasib Zahid ditentukan 24 Januari
Ahmad Zahid dituduh dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Belalai dipotong terkena jerat, anak gajah betina mati selepas dua hari dirawat
Jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu.
Pahang tidak lantik syarikat luar untuk program pemutihan tanah
Kerajaan negeri akan merujuk perkara tersebut kepada Penasihat Undang-Undang Pahang untuk tindakan selanjutnya.