awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam disambut sederhana

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/01/2022
04:55 MYT
Thaipusam disambut sederhana
Suasana sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy pada Selasa. -Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Tiada perarakan 'kavadi', sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini dilihat tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.
Meskipun tiada perarakan tersebut yang dianggap kemuncak sambutan, penganut Hindu dilihat tidak putus-putus memasuki kuil berkenaan sejak awal pagi.
Prosedur operasi standard (SOP) yang pelbagai dilihat tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka, tidak kira tua atau muda untuk meraikan Thaipusam.
Bahkan, masih ramai membawa paal koodam (belanga diisi susu) masuk ke kuil dan semuanya memakai pas disediakan pihak kuil kerana hanya yang mendaftar dibenarkan masuk.
Tinjauan Astro AWANI juga mendapati puluhan anggota penguat kuasa berada di luar kuil untuk memantau keadaan, malah beberapa laluan masuk ke kuil juga ditutup kepada orang awam.
Pengunjung yang hadir pula perlu mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki kuil dan perlu sentiasa memakai pelitup muka tidak kira di dalam mahupun di luar kuil.
Keadaan dari pagi dilihat sangat terkawal dan pengunjung dilihat mematuhi semua peraturan dan SOP ditetapkan.
Sementara itu, beberapa pengunjung ditemui mengakui sambutan pada tahun ini kurang meriah, terutamanya selepas perarakan 'kavadi' tidak dibenarkan dan jumlah pengunjung juga dihadkan.
Begitupun, ada juga yang lega kerana mereka dapat bersembahyang dengan tenang, tidak perlu berasak-asak seperti yang berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Sadique sempat meluangkan masa melawat kuil tersebut pada Selasa.
Mereka juga beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Thaipusam | Kemeriahan sambutan Thaipusam, patuh SOP
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#Kuil Sri Subramaniar Swamy
#disambut sederhana
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan