awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada aduan kenaikan harga barangan setakat ini - Alexander Nanta Linggi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/05/2021
14:09 MYT
Tiada aduan kenaikan harga barangan setakat ini - Alexander Nanta Linggi
KPDNHEP akan terus memantau penguatkuasaan fasa kedua SHMMP 2021 bermula Rabu, bagi memastikan tidak ada peniaga cuba ambil kesempatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada aduan tentang harga kenaikan melampau barangan kawalan sewaktu pelaksanaan fasa pertama Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, perkembangan itu menunjukkan langkah kerajaan untuk mengawal harga barangan, terbukti berkesan.
Bagaimanapun, ujar Ahli Parlimen Kapit itu lagi, kementeriannya akan terus memantau penguatkuasaan fasa kedua bermula Rabu, bagi memastikan tidak ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang disenaraikan.
“Fasa satu sudah tak ada masalah, kita tak ada terima aduan. Saya tak perasan pun ada aduan. Sebelum itu memang daging dan ayam kalau kita ingat memang jadi satu kemarahan di luar pengguna sana.
“Peniaga juga ada segelintir daripada mereka tidak puas hati dengan harga yang kita letakkan untuk peringkat runcit bagi peniaga, tetapi (sehingga kini) kita tidak dengar lagi aduan (rasmi) tentang isu tersebut,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen 'Mask On, Spread Hope' Neutrovis, bersama artis terkenal Izzue Islam dan Azira Syafinaz di ibu negara, pada Rabu.
Pada 1 Mei lepas, Nanta berkata, 20 barangan telah ditambah dalam SHMMP 2021 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ujarnya lagi, fasa kedua pelaksanaan skim tersebut akan berkuatkuasa selama 15 hari bermula 6 Mei hingga 20 mei ini.
Nanta pada masa yang sama turut memberi amaran sekiranya terdapat peniaga yang melakukan kesalahan mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.
Topic Berkaitan
#skim harga barangan
#SHMMP 2021
#Alexander Nanta Linggi
#Islam
#Aidilfitri
#Cuba
#Parlimen
#kerajaan
#hari raya
#peniaga
#menteri
#kawal harga barang
#neutrovis
#mask on spread hope
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan