awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada akaun PM dibekukan kerana akaun sudah tutup, kata Peguam Negara

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2015
10:09 MYT
Tiada akaun PM dibekukan kerana akaun sudah tutup, kata Peguam Negara
Abdul Gani (gambar) menjelaskan dua akaun bank atas nama Perdana Menteri Najib di AmBank Islamic tidak dibekukan kerana akaun itu telah ditutup.
Dua akaun bank atas nama Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank Islamic telah lama ditutup sebelum arahan pembekuan enam akaun bank berkaitan oleh pasukan penyiasat khas dibuat pada 6 Julai lalu.
Menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, semua dokumen berkaitan dengan dua akaun itu kini ada dalam tangan pasukan penyiasat khas.
"Pasukan Petugas Khas sudah memperolehi dokumen bank berkaitan dengan akaun-akaun itu," kata Abdul Gani dalam satu kenyataan bersama tiga anggota panel yang lain.
Menurut kenyataan itu, dua akaun bank Perdana Menteri di AmBank Islamic masing-masing ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015.
Selain Peguam Negara, panel khas itu dianggotai oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Panel petugas khas itu pada Selasa mengumumkan enam akaun bank dibekukan sehari sebelumnya bagi membantu siasatan dakwaan pemindahan dana ke akaun peribadi Najib seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report minggu lalu.
Beberapa media yang memetik sumber kemudian melaporkan sebahagian daripada enam akaun bank itu adalah milik Perdana Menteri.
Namun Abdul Gani, dalam satu kenyataan pada Rabu, menafikan laporan media itu dan mengatakan enam akaun itu "tidak melibatkan mana-mana akaun Perdana Menteri."
Sementara itu, Abdul Gani turut menegaskan semua dokumen siasatan yang ada padanya diterima daripada pasukan petugas khas yang sama.
"Jadi tidak timbul isu Peguam Negara menggunakan dokumen yang diterbitkan dalam Wall Street Journal (WSJ) atau yang lain," katanya.
Siasatan dijalankan selepas laporan WSJ mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.
Peguam Negara pada Sabtu dalam kenyataannya memaklumkan siasatan ke atas tiga syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana berkenaan.
Tiga syarikat itu adalah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Najib sebelum ini menegaskan tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan peribadi.
Malah beliau mengarahkan peguam untuk menghantar surat untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas akhbar Amerika Syarikat itu.
Topic Berkaitan
#akaun bank
#ambank
#Gani Patail
#Najib Razak
#pemindahan dana
#petugas khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan