awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada anggota bermasalah disiplin melapor diri di Kontinjen Polis Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
03/08/2022
09:06 MYT
Tiada anggota bermasalah disiplin melapor diri di Kontinjen Polis Sarawak
Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak berkata semakan dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak memaklumkan tiada anggota yang mempunyai masalah disiplin melapor diri di Kontinjen Polis Sarawak setakat ini.
KUCHING: Tiada anggota polis yang mempunyai masalah disiplin dan terlibat dalam siasatan berhubung kes peras ugut di Gombak Selangor telah bertugas di Sarawak.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak berkata semakan dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak memaklumkan tiada anggota yang mempunyai masalah disiplin melapor diri di Kontinjen Polis Sarawak setakat ini.
“Kita merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Ogos 2022 yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi bahawa sembilan anggota polis yang terlibat dalam kes peras ugut ahli perniagaan di Gombak, Selangor baru-baru ini telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
“Kita telah menyemak laporan media ini dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak dan dimaklumkan bahawa belum ada anggota yang dimaksudkan melaporkan diri di Kontinjen Polis Sarawak setakat ini,” jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, tambahnya Kerajaan Sarawak menyambut baik usaha PDRM untuk menambahkan bilangan anggota bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
Namun kerajaan negeri berharap agar pegawai dan anggota ditempatkan diri daripada mereka yang berintegriti tinggi serta bebas dari sebarang siasatan jenayah.
Terdahulu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyuarakan sentimen sama dan menegaskan PDRM perlu memaklum serta berbincang dengan kerajaan negeri terlibat sebelum melaksanakan tindakan tersebut.
Untuk makluman, sembilan anggota PDRM tersebut sedang disiasat susulan dipercayai terlibat dalam kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah.
Topic Berkaitan
#Pindah anggota
#anggota bermasalah
#anggota pindah ke Sarawak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan