KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang arahan atau titah daripada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah supaya melantik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam urusan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Ahmad, 67, yang memegang jawatan itu sejak 2008 hingga 2014 menegaskan, beliau juga tidak pernah menerima sebarang pandangan atau nasihat berhubung TIA daripada Sultanah Nur Zahirah.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Haziq Pillay Abdullah yang mewakili Sultanah Nur Zahirah, pada perbicaraan kes saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berkenaan dakwaan Rewcastle-Brown dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose menggambarkan baginda sebagai seorang yang berpengaruh serta mempunyai kuasa untuk mempengaruhi Kerajaan Negeri Terengganu.
"Selaku ketua eksekutif kanan negeri itu, yang telah menubuhkan TIA, saya tidak pernah sekali pun melihat Sultanah Nur Zahirah terlibat dengan TIA. Saya, mahupun kerajaan negeri atau barisan Exco tidak pernah melantik Jho Low sebagai penasihat mahupun ahli lembaga pengarah atau apa-apa jawatan dalam TIA.
"Tidak pernah sekalipun saya bertemu atau bersua dengan Sultanah Terengganu ketika TIA ditubuhkan, sebab itu saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak pernah menerima arahan, titah atau sebagainya yang mengatakan (kerajaan negeri) perlu melantik Jho Low atau sesiapa sahaja," katanya ketika memberi keterangan secara dalam talian.
Dalam pernyataan saksinya, Ahmad yang juga saksi plaintif ketiga dan terakhir menegaskan bahawa dakwaan Sultanah Nur Zahirah menggunakan kedudukan serta peranan baginda untuk mempengaruhi penubuhan TIA adalah palsu dan tidak berasas sama sekali kerana baginda tidak pernah mempunyai peranan, apatah lagi mempengaruhi atau melibatkan diri dalam penubuhan TIA yang sememangnya ditubuhkan oleh kerajaan negeri semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar.
"Sebagai Sultanah iaitu isteri kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Terengganu pada kebiasaannya baginda, hanya mengiringi DYMM Tuanku Sultan dalam sebarang majlis-majlis rasmi, di mana DYMM Tuanku Sultan telah perkenan mencemar duli untuk hadir, selain sebarang majlis-majlis lain yang DYMM Tuanku Sultanah telah perkenan mencemar duli untuk hadir atas kapasiti baginda sendiri selaku Sultanah Terengganu, terutamanya dalam majlis-majlis rasmi di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin, di mana DYMM Tuanku Sultanah adalah Tuanku Canselor bagi kedua-dua universiti tersebut," kata Ahmad.
Sultanah Nur Zahirah, yang memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan TIA, yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu Jho Low, yang kini dalam buruan, menjadi penasihat TIA.
Baginda menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan serta memohon perintah supaya penerbit menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah itu dan supaya pencetak berhenti mencetak buku tersebut.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee bersambung.
- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Ahmad Said memberitahu mahkamah beliau tidak pernah menerima sebarang arahan atau titah daripada Sultanah Nur Zahirah supaya melantik Jho Low dalam urusan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). - Gambar fail
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.