IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan 20 sen pada Sabtu setiap minggu bermula 1 Jun ini.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata keputusan pelaksanaan kempen itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dalam kalangan warga Ipoh khasnya dan masyarakat Perak amnya demi menjamin kelestarian alam sekitar.
"Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI telah menganjurkan sesi libat urus bersama peniaga pada 18 Mei lepas melibatkan 120 peniaga dan daripada jumlah itu, 22 (18 peratus) premis perniagaan telah mendaftar sebagai Premis Bebas Beg Plastik.
"Premis yang terlibat merangkumi pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai rangkaian serta farmasi. Sebanyak 1,378 premis terlibat dalam program ini dan kutipan caj beg plastik ini akan dilaksanakan melalui pengeluaran syarat-syarat tambahan dalam lesen atau permit perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rumaizi berkata kempen itu juga bagi menyokong usaha kerajaan Persekutuan melalui satu dasar seragam Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang dilancarkan pada 17 Okt 2018.
"Premis yang membekalkan dan mengenakan caj 20 sen kepada pengguna akan menerima Sijil Penyertaan Premis Hari Tanpa Beg Plastik Percuma, manakala premis yang tidak bekalkan beg plastik pula akan menerima Sijil Premis Bebas Beg Plastik.
"Kesemua peserta yang menerima sijil perlu mempamerkannya di premis perniagaan masing-masing untuk memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya," katanya.
Beliau berkata kutipan caj 20 sen yang dikenakan akan diserahkan kepada MBI untuk digunakan bagi melaksanakan program-program kelestarian alam sekitar, pameran taklimat kepada pelajar sekolah dan masyarakat selain kempen kitar semula.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Pelaksanaan kempen itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dalam kalangan warga Ipoh khasnya dan masyarakat Perak amnya demi menjamin kelestarian alam sekitar. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut dalam Myvi terkunci
JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam.
Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.
Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan
Fokus MBI tahun ini memastikan pelbagai inisiatif dinikmati warga Ipoh, yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.