awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan

Bernama
Bernama
23/11/2024
09:51 MYT
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan. - Bernama
GEORGE TOWN: Masih tiada bukti menunjukkan bahawa punca pencemaran di Pantai Esen, Permatang Damar Laut di Batu Maung dekat sini disebabkan kerja-kerja penambakan Pulau Silikon, kata Pengerusi Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
"Saya boleh mengesahkan bahawa kerja-kerja penambakan mematuhi garis panduan Jabatan Alam Sekitar(JAS) termasuk Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang telah diluluskan.
"Langkah-langkah yang ketat juga diambil seperti penggunaan langsir kelodak dua lapis dan kita perlu faham bahawa kawasan itu sememangnya kawasan lumpur semula jadi, oleh itu kejadian baru-baru atas faktor peningkatan alga atau 'algae bloom'," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata seperti yang semua maklum, alga bukan sesuatu yang terhasil daripada kerja-kerja penambakan.
Pihaknya juga masih menunggu keputusan akhir ujian makmal yang akan disahkan oleh agensi teknikal terlibat dan beliau mohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu berkenaan.
"Pokok soalan yang lebih penting adalah bagaimana peningkatan alga boleh terjadi? Antara kemungkinan yang dikenal pasti ialah terdapat efluen dari hulu sungai berhampiran yang mengalir ke laut.
"Di kawasan sekitar juga terdapat beberapa aktiviti pertanian dan juga sebuah loji rawatan kumbahan, pada masa yang sama, hasil tinjauan mendapati tiada alga yang terlekat atau membiak dalam kawasan langsir kelodak dan ini menunjukkan bahawa sumbernya bukan dari tapak projek tambakan Pulau Silikon," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Esen
#pencemaran
#siasatan
#ujian makmal
#penambakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan