awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti saintifik jangkitan COVID-19 melalui makanan - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/05/2020
10:14 MYT
Tiada bukti saintifik jangkitan COVID-19 melalui makanan - Dr Noor Hisham
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menyarankan agar makanan mentah yang dibeli oleh pengguna dimasak dengan baik bagi mematikan sebarang kemungkinan virus yang terdapat pada makanan tersebut.
Tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa jangkitan COVID-19 boleh menular kepada manusia melalui makanan, demikian tegas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari kebimbangan orang ramai susulan penutupan kilang ayam selepas pekerjanya didapati positif COVID-19.
Bagaimanapun, setakat ini KKM masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Veterinar berhubung kes tersebut.
“Saya rasa ramai yang risau mengenai isu ini dan kalau kita lihat setakat ini tidak jangkitan melalui makanan.
“Jadi, kalau melihat kepada kilang ayam contohnya, dalam proses dan kita tunggu sama ada virus tersebut ada dalam haiwan, seperti ayam.
“Setakat ini kita menunggu kajian daripada Jabatan Veterinar,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menyarankan agar makanan mentah yang dibeli oleh pengguna dimasak dengan baik bagi mematikan sebarang kemungkinan virus yang terdapat pada makanan tersebut.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri tiga premis diarahkan tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk kilang memproses ayam di Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#menteri
#Negeri Sembilan
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan