awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/10/2016
05:27 MYT
'Tiada cadangan gantung syarikat konsesi HSA' - Dr Hilmi
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia bagi mengelakkan perkhidmatan sokongan hospital di HSA terjejas. - Foto Bernama
Kerajaan tidak bercadang untuk menggantung perkhidmatan syarikat konsesi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Medivest Sendirian Berhad ekoran insiden kebakaran Selasa lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya bagaimanapun berkata, tindakan tegas tetap akan diambil sekiranya syarikat terbabit gagal mematuhi perjanjian sedia.
"Kementerian tidak bercadang menggantung syarikat itu sepanjang tempoh siasatan.
"Jawatankuasa bebas menjalankan siasatan mendalam diketuai JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Perancangan Kesihatan dan diharap memberi petunjuk penambahbaikan untuk keselamatan hospital," katanya.
Tambahnya, selain HSA, Medivest turut menyelenggara 21 lagi hospital di Zon Selatan iaitu enam hospital di Negeri Sembilan, tiga hospital di Melaka dan 12 hospital lain di Johor.
Dr Hilmi menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang (DAP), Liew Chin Tong yang bertanya apakah pemegang konsesi tersebut akan digantung semasa siasatan kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA.
Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran di HSA.
Jelasnya, suruhanjaya siasatan itu antara lain akan meneliti beberapa aspek terutamanya soal keselamatan bangunan dan kemudahan pesakit yang terdapat di hospital berkenaan.
Topic Berkaitan
#Hilmi Yahaya
#Hospital Sultanah Aminah terbakar
#HSA
#Medivest
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan