awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan IPG ditutup - Nie Ching

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/11/2019
03:52 MYT
Tiada cadangan IPG ditutup - Nie Ching
NIE CHING: Tidak munasabah perkara seperti penutupan 21 IPG ini dibincangkan ketika KPM sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan menafikan akan berlaku penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berperingkat mulai tahun depan sepertimana diuar-uarkan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata dakwaan tersebut tidak masuk akal ketika kementerian sedang melaksanakan penambahbaikan dalam profesionalisme perguruan.
Menurutnya, kementerian sebaliknya sedang melaksanakan penyusunan semula pensyarah berdasarkan bidang kepakaran dan keperluan di setiap kampus.
Ia selaras kenyataan media yang dikeluarkan kementerian itu pada 10 September lepas.
“Pergerakan pensyarah sedia ada adalah bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran di kampus IPG yang menawarkan kursus berkaitan boleh dilaksanakan dengan berkesan.
"Ini termasuklah mengambil kira kesan jangka masa panjang dan masa hadapan landskap pembinaan pembangunan profesionalisme perguruan.
"Oleh demikian, tidak munasabah perkara seperti penutupan 21 IPG ini dibincangkan ketika KPM sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan," katanya dalam kenyataan.
Tambah Nie Ching, penyusunan ini juga adalah selari dengan amanah tugas pensyarah agar mereka boleh memberikan perkhidmatan yang lebih optimum.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noorita Sual (PH-Tenom) yang bertanyakan tentang status pensyarah IPG yang didakwa akan ditutup.
Topic Berkaitan
#bidang kepakaran
#Institut Pendidikan Guru
#IPG
#Kementerian Pendidikan
#Noorita Sual
#penyusunan semula pensyarah
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan