Pada masa ini kerajaan tidak bercadang menurunkan harga minyak masak bersubsidi pek satu kilogram yang kini dijual pada RM2.50 walaupun harga minyak sawit jatuh, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata walaupun subsidi yang ditampung kerajaan kini semakin 'menipis' ekoran kejatuhan harga minyak sawit, ia tidak sampai ke tahap untuk kerajaan menurunkan harga minyak masak di pasaran.
"Sebelum ini kerajaan memberi subsidi 60 sen bagi setiap pek satu kilogram minyak masak, sekali gus membolehkan ia dijual pada harga RM2.50 sekilogram.
"Walaupun garis subsidi kerajaan kini bukan lagi 60 sen tetapi buat masa sekarang, kerajaan tiada pertimbangan untuk turunkan harga minyak sawit bersubsidi itu," katanya pada sidang media selepas melancarkan modul Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempersoalkan tindakan kerajaan tidak menurunkan harga minyak masak bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak sawit.
Mohamad dipetik sebagai berkata ini kerana harga minyak sawit bulan Disember hanya RM1,775 satu tan iaitu hampir 50 peratus lebih rendah berbanding harga akhir tahun 2016, di mana ketika itu kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengehadkan subsidi minyak masak kepada pek satu kilogram berharga RM2.50 sahaja kerana harga minyak sawit naik di sekitar RM3,000 satu tan.
Saifuddin Nasution berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta tahun ini bagi menampung subsidi 60 sen untuk setiap pek satu kilogram minyak masak.
"RM700 juta satu jumlah yang terlalu besar, maka saya tidak fikir itu adalah langkah penyelesaian yang praktikal dalam keadaan sekarang," katanya.
Saifuddin Nasution berkata harga minyak masak di pasaran tempatan, khususnya yang bukan disubsidi kerajaan turut mengalami penurunan harga ekoran harga pasaran semasa komoditi sawit.
"Secara amnya, harga minyak masak di luar subsidi yang bergantung kepada bekalan dan permintaan memang mengalami penurunan, cuma berbeza mengikut jenama serta kualiti pemprosesan bahan masak itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
Kerajaan tidak bercadang menurunkan harga minyak masak bersubsidi pek satu kilogram yang kini dijual pada RM2.50 walaupun harga minyak sawit jatuh. -Gambar hiasan
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Tiada cadangan turun harga minyak masak bersubsidi - Saifuddin
Walaupun subsidi yang ditampung kerajaan kini semakin 'menipis' ekoran kejatuhan harga minyak sawit, ia tidak sampai ke tahap untuk kerajaan menurunkan harga minyak masak di pasaran.