awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada campur tangan dalam siasatan Jana Wibawa - SPRM

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2023
11:39 MYT
Tiada campur tangan dalam siasatan Jana Wibawa - SPRM
Dalam satu kenyataan, SPRM menegaskan dakwaan mengatakan siasatan pihaknya atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar dan menjejaskan imej agensi tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dilakukan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Suruhanjaya Penecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan dakwaan mengatakan siasatan pihaknya atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar dan menjejaskan imej agensi tersebut.
"SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi sendiri oleh suruhanjaya ini.
"Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.
"Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak," kata kenyataan tersebut.
Beberapa individu antaranya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad telah didakwa di Mahkamah berhubung program Jana Wibawa.
Terbaharu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah didakwa di Mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#SPRM
#Jana Wibawa
#Peguam Negara
#siasatan
#pendakwaan
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan