awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada campur tangan urusan pemberian tender MOA

Bernama
Bernama
21/11/2019
15:20 MYT
Tiada campur tangan urusan pemberian tender MOA
Sim Tze Tzin sekali gus menolak dakwaan kerajaan telah membatalkan pemilihan tiga kontrak berkaitan padi melalui tender terbuka sebelum ini. - Foto BERNAMA
Menteri dan timbalan menteri tidak mencampuri urusan pemberian tender berkaitan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kepada mana-mana pihak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin sekali gus menolak dakwaan kerajaan telah membatalkan pemilihan tiga kontrak berkaitan padi melalui tender terbuka sebelum ini.
"Tidak betul...ia masih dalam proses dimuktamadkan Kementerian Kewangan (MOF)," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi MOA di Dewan Rakyat hari ini.
"Proses ini sedang berjalan, menteri dan timbalan menteri tidak campur (tangan) dalam proses tender," tegas timbalan menteri itu.
Menurut Sim, mengikut prosedurnya, selepas tender diluluskan di peringkat MOA, ia dibawa ke peringkat MOF untuk dimuktamadkan sebelum diserahkan kembali kepada MOA untuk dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) projek kepada penerima tender yang berjaya.
Katanya menurut pekeliling baharu, sebarang tender bernilai lebih RM50 juta harus dimuktamadkan MOF.
Menurut Pekeliling Perbendaharaan mengenai Perolehan Kerajaan bertarikh 29 Jun 2018, bagi perolehan melebihi RM50 juta, perolehan tersebut hendaklah diperakui Contract Coordination Panel (CCP) Kementerian, untuk dimuktamadkan di peringkat MOF.
Terdahulu ketika sesi perbahasan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dilaporkan mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan selepas kementerian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#MOA
#pembatalan kontrak
#Sim Tze Tzin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan