awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tiada dalam buku perubatan - tak boleh makan durian selepas cucuk vaksin" - Dr Noor Azmi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/06/2021
07:15 MYT
"Tiada dalam buku perubatan - tak boleh makan durian selepas cucuk vaksin" - Dr Noor Azmi
Perkara yang lebih utama adalah elakkan pengambilan makanan manis atau tinggi kandungan gula secara berlebihan. - Gambar hiasan
TAPAH: Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti daripada menularkan cerita kononnya seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas disuntik vaksin COVID-19.
Ini kerana cerita itu masih tular di media sosial walaupun kematian lelaki berusia 49 tahun itu telah disahkan akibat serangan jantung.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali perbuatan itu sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang lain.
"Tidak termaktub dalam buku perubatan tak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin), itu tidak betul. Tapi yang betulnya adalah tak boleh makan benda yang terlalu manis dengan banyak. Itu akan merosakkan kesihatan kita. Jadi yang tular itu tidak benar," ujarnya.
Beliau ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka, Tapah, Perak pada Jumaat.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa seorang lelaki meninggal dunia di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur kerana makan durian selepas menerima vaksin.
Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil bedah siasat terhadap lelaki berkenaan mendapati punca kematian adalah penyakit jantung iskemik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#Tular
#durian
#meninggal dunia
#vaksin
#Dr Noor Azmi Ghazali
#penyakit jantung
#iskemik
#kesihatan
#pemakanan
#makanan manis'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan