awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada dana khas GLC, MKD kepada parti politik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/11/2015
04:19 MYT
Tiada dana khas GLC, MKD kepada parti politik
Kementerian Kewangan menjelaskan sekiranya terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia akan dikendalikan seperti permohonan sumbangan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain. - Gambar Fail
Syarikat milik kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak memperuntukkan dana tahunan khusus bagi sumbangan kepada ahli politik atau parti politik.
Menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan menjelaskan sekiranya terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia akan dikendalikan seperti permohonan sumbangan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain, berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan untuk pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu semasa permohonan diterima.
Menurut kementerian itu lagi, jumlah sumbangan bagi sesuatu tahun adalah bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima dan keupayaan kewangan syarikat untuk menyediakan peruntukan bagi projek CSR.
"Sumbangan yang disalurkan melalui ahli politik atau parti politik tersebut bertujuan untuk membiayai pelaksanaan aktiviti atau projek tertentu, seperti bantuan kepada mangsa banjir, sukan sekolah, sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU)," menurut kementerian itu.
Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim (BEBAS-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu jumlah dana daripada GLC yang telah disumbangkan kepada ahli politik atau parti politik sejak 1981 hingga 2014.
Topic Berkaitan
#GLC
#Kementerian Kewangan
#Menteri Kewangan
#Menteri Kewangan Diperbadankan
#Parlimen
#syarikat berkaitan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan