awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM

Bernama
Bernama
18/08/2020
00:11 MYT
Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
TLDM memandang serius kes kebocoran maklumat tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.
Dokumen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang didakwa dipaparkan di laman Dark Web seperti laporan media asing pada Isnin, tidak melibatkan dokumen sulit yang boleh menjejaskan kesiagaan dan operasi TLDM.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.
“Sehingga kini sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) TLDM dalam keadaan utuh di bawah pemantauan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).
"TLDM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” menurut kenyataan itu.
Pada Isnin, satu artikel yang dikeluarkan media asing ‘The Straits Times Singapura’ bertajuk “Malaysian navy papers put up on Dark Web” telah tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#artikel
#Dark Web
#dokumen berdarjah
#ICT
#ketirisan maklumat
#media sosial
#Pusat Operasi Pertahanan Siber
#Siasat
#Siber
#sistem teknologi maklumat
#teknologi maklumat dan komunikasi
#The Straits Times Singapura
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan