awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada had jemaah masjid, surau di Terengganu bermula hari ini

Bernama
Bernama
08/07/2021
14:17 MYT
Tiada had jemaah masjid, surau di Terengganu bermula hari ini
Imam masjid juga dikehendaki membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat dan mengadakan solat sunat hajat setiap kali selepas solat Jumaat. - Gambar fail/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Bermula hari ini, tiada lagi had bilangan jemaah untuk semua masjid dan surau di seluruh Terengganu.
Keputusan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) itu adalah selaras dengan situasi semasa COVID-19 di negeri itu yang kini menjalani fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda berkata keputusan itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin setelah mendapatkan pandangan mufti, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pengarah Kesihatan negeri.
"Bilangan jemaah mestilah mengikut keluasan masjid dan surau serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kehadiran hanya dibenarkan kepada ahli kariah yang bermastautin dan warganegara sahaja kecuali mana-mana orang yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, imam masjid juga dikehendaki membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat dan mengadakan solat sunat hajat setiap kali selepas solat Jumaat.
Osman berkata semua masjid dan surau juga dikehendaki menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin setiap malam selepas solat Maghrib dan berdoa memohon Allah mengangkat wabak COVID-19.
"Semua imam dikehendaki membaca teks doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat dan berdoa mohon dijauhi wabak penyakit yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu selepas setiap kali solat hajat dan bacaan surah Yasin," katanya.
Bagaimanapun, tambahnya, aktiviti lain di masjid dan surau tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.
Topic Berkaitan
#terengganu
#had
#jemaah
#solat
#masjid
#surau
#tiada had
#COVID-19
#MAIDAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan