awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada halangan universiti tubuh fakulti AI - Zambry

Bernama
Bernama
02/09/2024
11:00 MYT
Tiada halangan universiti tubuh fakulti AI - Zambry
Penubuhan fakulti AI mencerminkan komitmen universiti untuk melabur dalam infrastruktur penyelidikan revolusi dan menyokong projek antara disiplin. - Gambar hiasan
KEPALA BATAS: Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menghalang mana-mana universiti di negara ini untuk mewujudkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) sekiranya mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ia termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang memohon untuk menubuhkan fakulti AI dan sains pengkomputeran kerana kewujudan fakulti dalam cabang baharu penting seiring dengan perubahan mengikut masa.
"Seperti yang kita sedia maklum, kita telah melancarkan fakulti AI sebelum ini di UTM (Universiti Teknologi Malaysia), namun kita tidak menghalang bagi universiti-universiti yang mempunyai kepakaran mereka di dalamnya untuk meneruskan.
"Hari ini seperti yang disyorkan UniMAP iaitu mereka ingin wujudkan fakulti AI dan sains komputer, maka kita tidak ada halangan untuk mereka meneruskan fakulti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Global Trends in Engineering, Science and Technology Congress 2024 (GTEST2024) di sini hari ini.
Zambry juga berkata pewujudan fakulti AI mencerminkan komitmen universiti untuk melabur dalam infrastruktur penyelidikan revolusi dan menyokong projek antara disiplin.
Beliau juga menekankan kepada universiti di negara ini supaya mempunyai program tersendiri yang bertaraf antarabangsa kerana ia antara elemen penting dalam dasar pendidikan tinggi negara sekali gus akan meletakkan universiti di posisi terbaik di dunia.
Mengulas sama ada kementeriannya bercadang membuat saringan terhadap pelajar luar negara susulan virus cacar monyet (mpox), Zambry berkata pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat sebarang langkah berkaitan penyakit itu.
"Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah memaklumkan dalam Mesyuarat Kabinet tentang langkah-langkah yang telah dibuat.
"Saya serahkan kepada pihak KKM untuk memaklumkan langkah-langkah yang dilakukan dan sekiranya perkara (mpox) terus berleluasa, tentunya menteri berkenaan akan membuat pengumuman," katanya.
Sebelum ini, KKM memaklumkan 33 kes disyaki mpox telah dilaporkan di fasiliti kesihatan sejak awal tahun dan daripada jumlah itu, 32 kes disahkan negatif manakala satu kes lagi masih menunggu keputusan makmal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambry Abd Kadir
#fakulti AI
#kursus kecerdasan buatan
#universiti di Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan