awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada halangan untuk kerajaan negeri beli vaksin sendiri - Khairy

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/06/2021
07:53 MYT
Tiada halangan untuk kerajaan negeri beli vaksin sendiri - Khairy
Khairy Jamaluddin (kanan) diiringi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin di Spice Arena, George Town, Pulau Pinang pada Khamis. - Gambar BERNAMA
BAYAN LEPAS: Kerajaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana pihak atau kerajaan negeri untuk membuat pembelian vaksin sendiri.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, kebenaran itu juga terpakai untuk membawa masuk mana-mana vaksin yang sudah diberi kelulusan oleh Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).
Setakat ini, hanya tiga vaksin digunakan Kementerian Kesihatan iaitu Pfizer-BioNtech, AstraZeneca dan Sinovac.
Menurut Khairy, sekiranya mereka ingin membeli vaksin sedia ada, kerajaan akan memastikan bekalan vaksin ini dipenuhi kepada kerajaan Pusat terlebih dahulu sebelum boleh dibeli pihak lain.
“Kalau ada kerajaan negeri nak beli vaksin yang lain, kita tak ada sekatan, tapi kalau nak beli Sinovac bekalan mesti selesai diberikan kepada kerajaan Persekutuan dahulu.
“Ada vaksin lain yang kerajaan Pusat tak beli contoh Sinopharm, memang kerajaan Persekutuan tak beli, kalau nak beli boleh, tap vaksin tersebut kena daftar dengan NPRA… kita tak ada sekatan,” kata Khairy lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau persediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Spice Arena, di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Khamis.
Khairy berkata demikian sebagai mengulas permintaan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meminta kerajaan Pusat memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membeli bekalan vaksin daripada Pharmaniaga.
PPV Spice Arena itu merupakan PPV mega pertama di negeri ini dan akan mula beroperasi pada 7 Jun ini dengan sasaran pemberian vaksin kepada antara 1,000 hingga 3,000 orang sehari pada peringkat awal pelaksanaannya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#pembelian vaksin
#kerajaan negeri
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#AstraZeneca
#Sinovac
#Sinopharm
#Pharmaniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan