Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan harga siling ikan kembung dan 'ikan rakyat' yang lain buat masa ini walaupun harga ikan naik ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, sebaliknya, harga ikan tersebut akan terus ditentukan oleh pasaran, sementara kawalan harga akan menyebabkan penyalahgunaan stok ikan berkenaan.
"Dalam ekonomi, kurang peraturan lagi bagus. Biar pasaran yang menentukannya. Kalau terlalu kawal nanti ada penyalahgunaan," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai harga ikan kembung di pasaran yang tiba-tiba melonjak dan langkah untuk mengatasi keadaan itu.
Ahmad Shabery berkata harga ikan kembung yang tinggi sekarang ini dijangka bersifat sementara kerana terdapat kekurangan pendaratan ikan berkenaan oleh nelayan.
"Ini kerana terdapat perubahan corak cuaca tahun ini. Kita jangka tengkujuh sepatutnya berakhir Januari atau Februari dan ikan kembung akan naik (mendarat) banyak. Tetapi ini sehingga Mac masih kurang naik.
"Kita jangka April ini pendaratan ikan kembung kembali banyak dan harga akan stabil semula," katanya.
Menjawab soalan tambahan Mastura mengenai rancangan kerajaan membangunkan ternakan ikan air tawar agar tidak bergantung kepada ikan marin, Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang berusaha ke arah itu.
Katanya lebih banyak kawasan berpotensi untuk ternakan ikan air tawar akan dibangunkan di seluruh negara bagi mencapai sasaran bekalan 50 peratus ikan negara datang daripada ikan ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Ahmad Shabery berkata harga ikan kembung yang tinggi sekarang ini dijangka bersifat sementara kerana terdapat kekurangan pendaratan ikan berkenaan oleh nelayan. Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.