KAHERAH: Dua individu maut manakala 12 lagi cedera pada Khamis selepas satu tong gas helium meletup di sebuah pusat beli-belah di Kaherah, Mesir, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
Letupan itu berlaku di dalam sebuah restoran di Arabella Plaza Mall di New Cairo, menyebabkan sebuah lif terjatuh, menurut portal berita Youm7.
Ambulans dan pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian. Kebakaran berjaya dikawal.
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan asap terus berkepul dari lokasi kejadian selepas letupan itu.
-- BERNAMA-XINHUA