Skip to main content

Malaysia

Ayuh, datang uji bakat terbuka Mualim Muda Musim 2 hujung minggu ini

[TB]_Mualim Muda Musim 2_ASTRO
Advertisement

KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa menyertai sesi uji bakat terbuka bagi program Mualim Muda Musim 2 yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos ini di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Penyertaan terbuka kepada lelaki beragama Islam berusia antara 18 dan 35 tahun, yang akan diberi peluang untuk mencungkil bakat dalam berdebat atau menyampaikan dakwah.

Antara lain, sesi pemilihan itu terbuka kepada golongan muda yang mempunyai pengetahuan agama serta kemampuan menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

"Mereka yang berasa ada bakat dan kemahiran, boleh datang dan ambil peluang. Uji bakat dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Ogos, di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

"Individu yang memenuhi syarat umur dan berminat untuk menyertai program berkenaan boleh hadir terus ke lokasi uji bakat pada tarikh yang ditetapkan, bermula 8 pagi sehingga 5 petang," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Nadirah Karim.

Menurutnya, program Mualim Muda anjuran Astro merupakan platform yang memberi peluang kepada peserta mempamerkan kebolehan dalam penyampaian ilmu dan dakwah, khususnya dalam kalangan generasi muda Muslim.

"Ia membuka peluang kepada anak muda Islam untuk tampil menyerlah dengan keupayaan menyampaikan ilmu dan mesej dakwah bukan sahaja di kaca televisyen, malah turut diperluaskan ke media sosial dan di lapangan masyarakat.

"Itulah yang kita buat semasa Mualim Muda musim pertama sebelum ini," ujar beliau.

Musim pertama program realiti Islamik ini selesai pada Februari lalu dengan Mualim Muda Anas menjadi juara sulung.

Lebih daripada sekadar sebuah pertandingan, program Mualim Muda turut menjadi wadah pembelajaran yang eksklusif di mana peserta yang terpilih berpeluang menerima bimbingan daripada pendakwah dan personaliti Islamik ternama tanah air.

Must Watch Video

Advertisement