Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak gangguan itu mula dikesan pada 21 Ogos.
Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Sabtu malam, dapatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.
"Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya.
"MAHB telah mengambil dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mempercepat proses itu kembali pulih, " kata kenyataan tersebut.
NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019

Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di KLIA, KLIA2. -Gambar fail/Bernama

Dua beradik warga Syria tidak mengaku salah beri rasuah RM10,000
Mengikut kertas pertuduhan, mereka pada 22 Januari 2020 memberi suapan sebanyak RM10,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen.

AWANI Ringkas: Kes Iki Putra: MAIS, polis kerjasama siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Survival politik Amanah: 'Setiakawan yang dikhianati'
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Lelaki mengaku 'Datuk Seri' ditahan kerana ugut polis
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Tiada insiden serangan siber dikesan dalam gangguan sistem di KLIA, KLIA2
Dapatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.