awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kaitan dalam isu jemaah haji terkandas di KLIA - MAIWP

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
08/07/2022
06:49 MYT
Tiada kaitan dalam isu jemaah haji terkandas di KLIA - MAIWP
Mohd Daud berkata, pihaknya turut kesal dengan apa yang berlaku terhadap bakal jemaah haji tersebut selain menegaskan MAIWP dan anak syarikatnya bukanlah pihak yang berperanan dalam menguruskan jemaah haji. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menafikan terlibat dalam isu melibatkan lebih kurang 400 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata demikian susulan terdapat logo melibatkan anak syarikatnya, iaitu MAIWP Healthcare Sdn Bhd pada salah satu banner yang tular di media sosial semalam.
“Tidak ada kaitan dengan MAIWP dan MAIWP Healthcare adalah anak syarikat iaitu sebagai vendor sahaja.
“Mereka (agensi berkenaan) menggunakan khidmat MAIWP Healthcare untuk menyediakan alat perubatan seperti demam, selesema, dan sebagainya di sana dan saya difahamkan telah dibayar kepada pihak MAIWP Healthcare,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengagihan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy MAIWP, di sini. hari ini.
Mohd Daud menambah, pihaknya turut kesal dengan apa yang berlaku terhadap bakal jemaah haji tersebut selain menegaskan MAIWP dan anak syarikatnya itu bukanlah pihak yang berperanan dalam menguruskan jemaah haji.
Katanya, anak syarikatnya itu hanya berperanan sebagai kontraktor berasingan dalam menyediakan bahan perubatan di tanah suci Mekah.
“Kita kesal dengan apa yang berlaku dan kita harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang berlaku dan ini bukan urusan MAIWP kerana MAIWP hanya melihat kepada isu agama, sosial ekonomi islam,” katanya.
Terdahulu, lebih kurang 400 jemaah Haji terkandas di KLIA dan kesemua mereka dipercayai berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.
Topic Berkaitan
#Haji
#MAIWP
#visa Furada
#terkandas di KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan