awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kebakaran di bangunan penginapan jemaah haji Malaysia - TH

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/09/2015
01:14 MYT
Tiada kebakaran di bangunan penginapan jemaah haji Malaysia - TH
Tiada kebakaran yang berlaku di maktab penginapan milik Tabung Haji di Mekah, kata Lembaga Tabung Haji. - Gambar Hiasan
Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada kebakaran yang berlaku atau membabitkan sebarang maktab penginapan miliknya di Mekah Arab Saudi.
Pengesahan itu dibuat TH menerusi laman Facebooknya awal pagi ini.
“Terdapat berita kebakaran bangunan penginapan Jemaah Haji negara Asia di Mekah.
“TH ingin memaklumkan bahawa tiada kebakaran berlaku di bangunan penginapan Jemaah Haji Malaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan ringkas.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Emirates247, berlaku satu insiden kebakaran di tingkat lapan hotel Al Azizyiah pada Khamis.
Ekoran itu, pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi telah memindahkan 1,028 jemaah dari negara-negara Asia yang menginap di bangunan terbabit.
Pada minggu lepas, sekurang-kurangnya 108 jemaah terkorban apabila sebuah kren pembinaan tumbang di Masjidilharam.
Lima jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia dalam insiden itu manakala dua lagi masih hilang.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Lembaga Tabung Haji
#Makkah
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan