awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
MALAYSIA
Umat Islam perlu bermuhasabah, perbaharui tekad sempena Maal Hijrah - Sultan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah

Bernama
Bernama
03/08/2023
22:00 MYT
Sponsor Banner
Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah
Punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam perut akibat penyakit hati yang kronik - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan daripada hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas seorang lelaki etnik Kenyah yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran untuk bernafas pada Isnin.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Miri, Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata ujian pengesahan COVID-19 telah dijalankan ke atas si mati dan hasil keputusan adalah negatif.
"Punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam perut akibat penyakit hati yang kronik. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan malam Khamis.
Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
Semalam, media tempatan melaporkan seorang lelaki Kenyah yang ditahan atas kesalahan ugutan jenayah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran untuk bernafas, Isnin lepas.
Azri dilaporkan berkata orang kena tahan berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 10.30 malam oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Beluru di Marudi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#mengadu sakit dada
#disahkan meninggal dunia
#meneruskan siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami