Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan pejabatnya melaksanakan amalan memberikan keistimewaan kepada mana-mana negara tertentu termasuk Amerika Syarikat (AS), khususnya dalam permohonan baru-baru ini bagi ekstradisi anak lelaki orang kenamaan Iran.
Beliau memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin bahawa tidak perlu campurtangan daripada AS atau pejabatnya tetapi hanya memenuhi kewajipan Malaysia terhadap perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara.
Peguam Negara berkata demikian semasa menjawab kenyataan peguam mewakili rakyat Iran itu Sajad Farhadi, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak harus dilihat sebagai cuba memuaskan hati Amerika Syarikat atau tunduk kepada sebarang desakan antarabangsa berhubung perkara itu.
Shafee membuat kenyataan itu semasa menyampaikan hujahan berhubung permohonan penangguhan oleh Kementerian Dalam Negeri dan tiga yang lain berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang membenarkan permohonan habeas corpus bagi pembebasan Sajad.
Bagaimanapun, lelaki itu ditahan semula oleh pegawai imigresen dalam mahkamah dan mendapat bantahan keras Muhammad Shafee, mendorong Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan itu adalah sah di sisi undang-undang dan konsisten dengan Akta Imigresen 1959/63, dengan Gani menjelaskan Sajad ditahan untuk membantu siasatan jabatan itu bagi salah guna visa.
Pada 11 Nov tahun lepas, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengekstradisi Sajad ke AS. Sajad dikehendaki pihak berkuasa AS bagi 30 pertuduhan melanggar sekatan perdagangan terhadap Iran, pemalsuan dan penyeludupan barangan di Northern District of California.
Semasa membenarkan permohonan habeas corpus itu Jumaat lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan perintah yang dikeluarkan mahkamah lebih rendah dan waran komital dikeluarkan mengikut Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992 tidak mengikut undang-undang yang sesuai dan dengan itu Sajad dibebaskan serta merta.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang mewakili pemohon berhujah bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu patut diberikan perintah penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. Hujahnya Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 57 Akta Mahkamah mahkamah 1964, membolehkan mahkamah memberikan penangguhan itu.
Sementara itu, Muhammad Shafee menjawab keputusan Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan Pejabat Pendakwa Raya tidak boleh memohon sebarang semakan di Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata kedua-dua seksyen yang digunakan oleh Manoj tidak boleh diguna pakai dalam kes Sajad atau mana-mana permohonan habeas corpus yang lain.
"Beliau telah ditahan hampir setahun setengah, tiada apa dilakukan sepanjang tempoh itu. Kini mereka (pegawai imigresen) dilihat seolah-olah terjaga daripada mimpi indah dengan menahannya semula," hujah Shafee.
Hakim Mohd Azman menetapkan 14 Ogos untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.
Bernama
Wed Aug 07 2013
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.