SIBU: Dakwaan kononnya segelintir peniaga di Pasar Sentral Sibu diberi pengecualian untuk berniaga setiap hari disangkal Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Penjaja Albert Tiang Ming Ing.
"Tidak benar, peniaga yang menjual buah bermusim sudah tidak berniaga setiap hari. Mereka hanya dibenarkan berbuat begitu selama dua bulan. Jadi dakwaan ini sama sekali tidak benar.
"Jika kamu perhatikan dari Medan Selera, Pasar Basah hingga ke Pasar Tamu, semuanya dikenakan peraturan yang sama.
"Tiada yang diberi keistimewaan untuk berniaga setiap hari," kata Albert Tiang kepada Astro AWANI.
Jelas beliau, operasi perniagaan secara bergilir tersebut merupakan arahan daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebagai langkah membendung penularan COVID-19 memandangkan Pasar Sentral Sibu tersenarai dalam pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).
"Operasi secara penggiliran adalah arahan daripada JPBNS kerana pasar sentral ini tersenarai dalam HIDE.
"Jadi mereka ingin mengurangkan jumlah pelanggan masuk ke Pasar Sentral memandangkan di bawah HIDE, hanya 25 peratus pelanggan dibenarkan masuk,” katanya.
Justeru, tambah beliau untuk memenuhi permintaan tersebut, pihak Majlis Perbandaran Sibu (MPS) terpaksa mengurangkan jumlah penjaja kepada 50 peratus
Jelas Albert lagi, pihak MPS cuba memohon kepada pihak JPBNS untuk membenarkan para peniaga beroperasi seperti sedia kala sejak dua bulan lepas, namun permohonan mereka masih belum diluluskan.
"Pihak MPS akan cuba memohon lagi agar penjaja boleh berniaga setiap hari pada Disember atau selewat-lewatnya pada Januari memandangkan Sarawak kini berada di fasa ketiga dan bakal beralih ke fasa 4.
"Kita harus belajar cara hidup bersama virus. Jadi memang misi kita adalah untuk memastikan penjaja bukan sahaja di Pasar Sentral malah juga Pasar Malam untuk dibenarkan berniaga setiap hari,” kata Albert Tiang.
Beliau berharap agar para peniaga di Pasar Sentral Sibu bersabar kerana pihaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk membenarkan operasi perniagaan kembali seperti sedia kala.
Terdahulu, menerusi tinjauan Astro AWANI pada Ahad, beberapa peniaga mengeluh bahawa terdapat segelintir peniaga diberikan pengecualian untuk berniaga setiap hari.
Untuk rekod, peniaga di Pasar Sentral Sibu beroperasi secara bergilir semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas bagi membendung penularan dalam kalangan para peniaga.
BACA: Peniaga tanpa vaksin tidak dibenar berniaga di Pasar Sentral Sibu
Amyra Varkisa
Tue Nov 09 2021
Dakwaan kononnya segelintir peniaga di Pasar Sentral Sibu diberi pengecualian untuk berniaga setiap hari disangkal Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Penjaja Albert Tiang Ming Ing. -Gambar fail
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Agong, Raja Permaisuri terus terima sambutan luar biasa di Sibu
Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengetuai Kembara Kenali Borneo, terus menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Sibu, hari ini.
'Tiada keistimewaan' - MPS nafi dakwaan pilih kasih di Pasar Sentral Sibu
Operasi secara penggiliran adalah arahan daripada JPBNS kerana pasar sentral ini tersenarai dalam HIDE.
Peniaga tanpa vaksin tidak dibenar berniaga di Pasar Sentral Sibu
Peniaga di Pasar Sentral Sibu dan pasar malam daerah itu tidak akan diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan sekiranya enggan menerima vaksin COVID-19.
Peniaga lega Pasar Sentral Sibu beroperasi kembali
Peniaga Pasar Sentral Sibu kini mampu menarik nafas lega apabila pasar tersebut dibenarkan beroperasi semula bermula Isnin.
COVID-19: Semua penjaja di Pasar Sentral Sibu akan disaring
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mensasarkan semua penjaja dan peniaga di Pasar Sentral Sibu untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Pasar Sentral Sibu dibanjiri buah-buahan tempatan
Segala hasil kutipan buah akan dijual di Pasar Sentral Sibu untuk dijual kepada orang ramai.