awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan gugurkan kes Zahid - Haniff Khatri

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2023
02:20 MYT
Tiada keperluan gugurkan kes Zahid - Haniff Khatri
Haniff Khatri sewaktu panelis program Wacana Sinar Siri ke-413 yang membincangkan tajuk DNAA: Dilema Keputusan Pendakwa Raya, bertempat Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tiada keperluan untuk pendakwa raya menggugurkan pertuduhan kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, wujud tiga persoalan utama dalam kes berkenaan, iaitu budi bicara pendakwa raya untuk menilai representasi atau tempoh masa dibuat Orang Kena Tuduh (OKT), individu yang membuat keputusan berkenaan dan alasan munasabah untuk menarik semula pertuduhan.
Menurutnya, apabila terdapat kes berprofil tinggi di mahkamah dan keputusan dibuat di mana-mana peringkat, ia boleh menimbulkan persepsi daripada konsep serta fahaman rakyat seolah-olah adanya campur tangan oleh mana-mana pihak.
“Tiga persoalan ini wajib ditangani dengan betul supaya keyakinan rakyat terhadap sistem kedaulatan undang-undang tidak rapuh.
“Berhubung kes Ahmad Zahid, amat penting untuk dijelaskan bersama tiga persoalan yang saya tampilkan dari 4 September sehingga ke hari ini tidak dijawab dengan munasabah oleh semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menjadi panelis program Wacana Sinar Siri ke-413 yang membincangkan tajuk DNAA: Dilema Keputusan Pendakwa Raya di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.
Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut disertai tiga panelis lain iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Wan Saiful Wan Jan; Peguambela merangkap Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Hasnal Rezua Merican dan Pengerusi Biro Undang-Undang, Anti-Rasuah dan Integriti Parti Putra, Zarina Zainal Abidin.
Haniff turut mempersoalkan tindakan menghentikan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid, sama ada keputusan dibuat Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Idrus Harun atau Datuk Ahmad Terrirudin Salleh.
Tambah beliau, apabila seorang Peguam Negara tidak menjalankan kerja sama ada bercuti, bersara atau meninggal dunia, maka peguam cara negara yang mengambil alih tugasnya.
“Ahmad Terrirudin merupakan Peguam Cara Negara sebelum menjadi Peguam Negara berkuatkuasa 6 September, jadi bilakah tarikh Idrus pergi bercuti?
“Kalau keputusan DNAA dibuat sebelum Idrus bercuti, maka Idrus lah yang bertanggungjawab memberi penjelasan lengkap, tetapi jika dibuat semasa atau selepas, maka Ahmad Terrirudin walaupun baru menjalankan tugas Peguam Negara pada tarikh berkenaan,” ulasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#DNAA
#Haniff Khatri Abdulla
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan