awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kesesakan luar biasa di lebuh raya utama malam ini

Bernama
Bernama
21/10/2022
16:31 MYT
Tiada kesesakan luar biasa di lebuh raya utama malam ini
Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS sempena Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula esok hingga 26 Okt ini. - Gambar hiasan
KUALA LUPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku setakat 10.30 malam ini, walaupun cuti hujung minggu yang panjang berikutan sambutan perayaan Deepavali.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan, aliran trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) arah timur sebelum masuk ke Plaza Tol Karak.
Aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di Chan Sow Lin dan Persimpangan Ikan Emas ke Salak Selatan, Salak Jaya ke Kampung Malaysia dan Plaza Tol Mines Selatan ke The Mines.
"Terdapat kemalangan berlaku di laluan Kajang-Bangi di KM301.8 arah selatan, menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan aliran trafik perlahan di lokasi," menurut kenyataan LLM.
Sementara itu, kenderaan juga dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dari Dataran Prima ke Shah Alam dan selepas keluar Plaza Tol Subang ke Kelana Jaya.
Di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pula, trafik perlahan dari kedua-dua arah utara dan selatan iaitu dari Bandar Gamuda Cove ke Putrajaya dan Putra Heights ke Shah Alam.
Semalam, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan, 1.9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula esok hingga 26 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#kesesakan lebuh raya
#PLUS
#info trafik terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan