awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA

Bernama
Bernama
01/02/2020
21:37 MYT
Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA
Dr Ganabaskaran percaya insiden sedemikian boleh meningkatkan tekanan pekerjaan dan mengurangkan semangat kerja. - Gambar fail/Facebook
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi terhadap keganasan di tempat kerja susulan kejadian serangan terhadap seorang doktor sebuah hospital di Sungai Petani oleh sekumpulan lelaki.
Presidennya, Dr N. Ganabaskaran dalam kenyataan pada Sabtu menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) bukan sahaja telah membuat garis panduan tetapi juga modul latihan berkaitan keganasan tempat kerja untuk petugas KKM, namun insiden tersebut tetap berlaku.
"Kami (MMA) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengetatkan keselamatan di semua hospital dan pada masa sama mencegah keganasan sama berlaku terhadap para doktor.
"MMA mencadangkan, antara langkah-langkah yang boleh kerajaan pertimbangkan ialah kehadiran polis 24 jam di semua hospital kerajaan sama seperti kawalan keselamatan di kementerian dan jabatan kerajaan," menurut kenyataan itu.
Dr Ganabaskaran percaya insiden sedemikian boleh meningkatkan tekanan pekerjaan dan mengurangkan semangat kerja, sekali gus boleh menjejaskan rawatan yang diberikan.
Pada Khamis lepas, seorang doktor di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai kecederaan selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki, akibat kes cemburu melibatkan seorang wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr N Ganabaskaran
#keganasan tempat kerja
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Persatuan Perubatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan